Seperti yang kita tahu basuh tangan adalah satu amalan yang wajib dilakukan khususnya sebelum makan. Hal ini untuk mengelakkan jangkitan kuman pada makanan yang kita akan pegang dan makan nanti.
Disebabkan saiz kuman tersebut terlalu kecil sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar jadi kita tidak boleh mengetahui sama ada tangan kita betul-betul bersih daripada kuman dan selamat untuk makan.
Jadi setiap kali kita hendak makan kita haruslah pastikan tangan kita bersih daripada sebarang kuman dan kotoran jadi membasuh tangan adalah jalan penyelesaiannya seelok eloknya gunalah sabun.
Antara contoh bakteria atau kuman yang terdapat pada tangan kita sekiranya kita tidak membasuh tangan sebelum makan adalah seperti di bawah. Sanggupkah kita makan bersama-sama dengan kuman-kuman dan bakteria ini? Mesti tidak sanggupkan? Jadi fikir -fikirkanlah kepentingan basuh tangan sebelum makan itu dan jangan jadi pemalas untuk basuh tangan sebelum makan untuk kesejahteraan hidup kita bersama.