Sunday, 14 April 2013

Bakteria Pada Tangan



Mencuci tangan adalah antara kaedah paling mudah, murah dan berkesan untuk menyekat penularan penyakit berjangkit.

 Mencuci tangan bukan sekadar mencegah pemindahan virus H1N1 saja, malah turut membabitkan semua virus dan bakteria berbahaya yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang kita.

 Apa yang menyedihkan ramai masih memandang remeh kepentingan mencuci tangan dengan betul dan mungkin mereka tidak tahu bahawa tangan adalah antara anggota yang banyak organisma halus, sama ada bakteria, virus atau alga. 

 Ia juga menjadi ‘pengangkutan’ paling efisien untuk bakteria dan virus berpindah kerana apabila kita menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut; organisma halus ini akan terus sampai ke ‘pintu masuk’ badan.





kredit : sini

2 comments:

  1. Assalamualaikum, syabas tahniah dapat membuat blog yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, berpeluh juga nak siapkan yang macam ni...

    ReplyDelete