Thursday, 2 May 2013

Pentingnya basuh tangan sebelum makan sekerap yang mungkin !

Assalamualaikum. 

Seperti yang kita tahu basuh tangan adalah satu amalan yang wajib dilakukan khususnya sebelum makan. Hal ini untuk mengelakkan jangkitan kuman pada makanan yang kita akan pegang dan makan nanti.

Disebabkan saiz kuman tersebut terlalu kecil sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar jadi kita tidak boleh mengetahui sama ada tangan kita betul-betul bersih daripada kuman dan selamat untuk makan.

Jadi setiap kali kita hendak makan kita haruslah pastikan tangan kita bersih daripada sebarang kuman dan kotoran jadi membasuh tangan adalah jalan penyelesaiannya seelok eloknya gunalah sabun.

Antara contoh bakteria atau kuman yang terdapat pada tangan kita sekiranya kita tidak membasuh tangan sebelum makan adalah seperti di bawah.  Sanggupkah kita makan bersama-sama dengan kuman-kuman dan bakteria ini?  Mesti tidak sanggupkan? Jadi fikir -fikirkanlah kepentingan basuh tangan sebelum makan itu dan jangan jadi pemalas untuk basuh tangan sebelum makan untuk kesejahteraan hidup kita bersama.





Tuesday, 30 April 2013

Basuh Tangan



Amalan membasuh tangan
- Membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun antibakteria ketika menyediakan makanan penting untuk mencegah penyakit bawaan makanan.
- Pembersihan permukaan dan penyahjangkitan bersasaran penting untuk memutuskan rantaian jangkitan.
- Amalan membersihkan tangan paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit.
- 2 bilion kes penyakit cirit-birit dilaporkan setiap tahun.
- Cirit-birit punca kedua kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan menyebabkan 1.5 juta kematian kanak-kanak setiap tahun.



Kredit Gambar : Keindahan Bersamamu

Friday, 26 April 2013

Video : Membasuh Tangan

Selamat Sejahtera.

 Mari kita lihat video yang saya masukan ini yang menunjukkan cara-cara mencuci tangan dengan betul. Di harap kita dapat bersama-sama mempraktikkan langkah-langkah sepertimana yang ditunjukkan.


Thursday, 18 April 2013

Iklan-iklan

Salam,

Di seluruh dunia, terdapat pelbagai kempem-kempen untuk menggalakkan kita memcuci tangan. Disini saya memberi contoh beberapa poster yang berkaitan dengan mencuci tangan.








Kredit : Wiki




Kredit : sini



Kredit : Sini 




Kredit : Sini




Kredit : sini

Sunday, 14 April 2013

Bakteria Pada Tangan



Mencuci tangan adalah antara kaedah paling mudah, murah dan berkesan untuk menyekat penularan penyakit berjangkit.

 Mencuci tangan bukan sekadar mencegah pemindahan virus H1N1 saja, malah turut membabitkan semua virus dan bakteria berbahaya yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang kita.

 Apa yang menyedihkan ramai masih memandang remeh kepentingan mencuci tangan dengan betul dan mungkin mereka tidak tahu bahawa tangan adalah antara anggota yang banyak organisma halus, sama ada bakteria, virus atau alga. 

 Ia juga menjadi ‘pengangkutan’ paling efisien untuk bakteria dan virus berpindah kerana apabila kita menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut; organisma halus ini akan terus sampai ke ‘pintu masuk’ badan.





kredit : sini

Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya masih baru dalam pengendalian blog justeru laman blog ini masih dalam peringkat percubaan sama ada dari segi pembinaan mahupun kemasukan bahan-bahan yang berkait dengan subjek kemahiran hidup dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.